Axalta is not resposible for content you are about to view

Show Searchbox Show Navigation

Terma Penggunaan Axalta

Selamat datang. Axalta menawarkan laman web ini ("kepada anda tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat berikut (“Terma”). Anda bersetuju untuk mematuhi setiap terma yang dinyatakan di bawah Terma ini apabila anda menggunakan laman web ini. Sila elakkan penggunaan laman web ini sekiranya anda tidak bersetuju dengan sebarang terma berikut. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai terma-terma berikut, sila hubungi PUSAT MAKLUMAT KORPORAT.

Sekatan Penggunaan Umum

Axalta atau pihak ketiga yang memberi hak kepada Axalta untuk memegang kesemua hak, hakmilik dan kepentingan dalam dan terhadap material dalam Laman Web ini yang merupakan hasil-hasil hak cipta Axalta atau pihak ketiga. Axalta memberikan anda kelulusan yang terhad, bukan eksklusif dan tidak boleh dipindah milik, untuk menggunakan dan mempaparkan material tersebut pada computer peribadi hanya untuk kegunaan interaksi anda dengan laman web Axalta. Kecuali  yang dinyatakan di sini, anda tidak berhak untuk menyalin, memuat turun, memaparkan, melaksanakan, menghasilkan semula, mengedar, mengubahsuai, menyunting, meminda atau memperbaik sebarang material dengan apa jua cara. Kelulusan yang terhad ini akan tamat secara automatik, tanpa notis, jika anda melanggar mana-mana terma yang berikut. Apabila kelulusan yang terhad tersebut ditamatkan, anda dikehendaki untuk  memusnahkan material yang telah dimuat turun dan dicetak dengan segara. Anda tidak mempunyai hak, hakmilik atau kepentingan (dan tiada hak cipta, tanda dagangan atau hak harta intelektual) dalam atau terhadap Laman Web ini atau mana-mana material dan anda bersetuju untuk tidak “meniru” atau “menghasilkan semula” Laman Web ini dan mana-mana material melalui pelayan lain atau peranti berasaskan internet tanpa kebenaran bertulis Axalta terlebih dahulu.

Axalta tidak akan memantau penghantaran anda ke Laman Web ini secara rutin tetapi mempunyai hak untuk berbuat demikian sekira perlu. Walaubagaimanapun, dalam usaha kami untuk menggalakkan hubungan yang baik dengan komuniti Internet, sekiranya sebarang penggunaan yang tidak sesuai terhadap Laman Web ini atau Perkhidmatannya diketahui oleh Axalta, Axalta akan mengambil tindakan yang sesuai terhadap penggunaan tersebeut. Anda mengakui bahawa Axalta mempunyai hak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan tindakan yang boleh dianggap salah di sisi undang-undang, termasuk laporan tentang kelakuan yang salah di sisi undang-undang. Apabila diminta, Axalta akan bekerjasama secara sepenuhnya dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dalam penyiasatan yang melibatkan aktiviti dalam Internet yang disyaki salah di sisi undang-undang.

Ketersediaan

Axalta memiliki beberapa laman web yang menawarkan produk, perkhidmatan, kandungan dan pelbagai fungsi lain (secara kolektif dikenali sebagai "Perkhidmatan") kepada rantau-rantau tertentu di seluruh dunia. Perkhidmatan yang disediakan di suatu rantau mungkin berbeza daripada rantau-rantau yang lain oleh kerana faktor ketersediaan, undang-undang tempatan atau serantau, penghantaran dan lain-lain. Axalta tidak membuat sebarang jaminan atau representasi bahawa pengguna di suatu rantau boleh mendapatkan perkhidmatan laman web Axalta di rantau lain dan Axalta boleh membatalkan pesanan pengguna atau menghalakan pengguna tersebut ke laman web di rantau pengguna tersebut berada jika pengguna tersebut cuba menempah Perkhidmatan yang ditawarkan dalam laman web semasa berada di rantau lain.

Maklumat yang diterbitkan oleh Axalta dalam “World Wide Web” mungkin merujuk atau merujuk silang kepada produk Axalta, program dan perkhidmatan yang tidak diumumkan atau tiada di negara anda. Rujukan seperti itu tidak bermakna bahawa Axalta berniat untuk mengumumkan suatu produk, program atau perkhidmatan di negara anda. Sila merujuk kepada pihak Axalta tempatan di lokasi anda untuk maklumat mengenai produk, program dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pautan

Dari Axalta kepada Laman-Laman Web Pihak Ketiga

Semasa menggunakan laman web Axalta ini, anda boleh berkomunikasi, membeli barangan atau perkhidmatan daripada, atau mengambil bahagian dalam promosi yang ditawarkan oleh pengiklan, ahli-ahli atau penaja laman web ini. Sebarang komunikasi, iklan, pembelian atau promosi, termasuk penghantaran dan pembayaran bagi barangan dan/atau perkhidmatan, dan sebarang syarat, jaminan atau representasi yang berkaitan dengan persuratan, pembelian atau promosi tersebut, adalah antara anda dan pengiklan, ahli-ahli atau penaja laman web yang berkenaan. Anda bersetuju bahawa Axalta tidak akan menanggung liabiliti, obligasi atau tanggungjawab untuk sebarang persuratan, pembelian atau promosi antara anda dan mana-mana pengiklan, ahli-ahli atau penaja laman web tersebut.

Laman Web ini boleh dipautkan dengan laman web lain dalam “World Wide Web” yang bukan dikawal atau diselenggara oleh Axalta. Pautan tersebut tidak bermakna Axalta mengesahkan laman web tersebut. Anda mengakui bahawa Axalta menyediakan pautan ini hanya untuk kemudahan anda, dan anda bersetuju bahawa Axalta tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan yang dipaparkan dalam laman web tersebut.

Dari Laman Web Pihak Ketiga kepada Axalta

Semua pautan kepada laman web Axalta dari laman web pihak ketiga ("pihak yang mempunyai pautan") mesti diluluskan secara bertulis oleh Axalta, kecuali jika Axalta memberi kebenaran kepada pautan tertentu di mana pautan dan laman web yang dihalakan oleh pautan tertentu itu tidak:

●      Mencipta rangka atau sempadan di sekitar halaman atau material dalam laman web Axalta atau meminda persembahan visual atau penampilan kandungan dalam laman web Axalta dengan menggunakan sebarang teknik atau cara;

●      Membuat pembandingan produk atau perkhidmatan Axalta dengan produk atau perkhidmatan yang bersaing; Tidak meniru mana-mana material dalam laman web Axalta atau logo Axalta atau tanda dagangan Axalta tanpa kebenaran bertulis berasingan oleh Axalta;

●      Memberi representasi yang salah mengenai hubungan anda dengan Axalta;

Memberi tanggapan bahawa Axalta meluluskan atau mengesahkan pihak yang mempunyai pautan, laman web pihak yang mempunyai pautan, atau perkhidmatan atau produk yang ditawarkan oleh pihak yang mempunyai pautan;

●      Membentangkan tanggapan yang salah atau mengelirukan mengenai Axalta atau merosakkan nama baik Axalta dan cap dagangan Axalta;

●      Mengandungi kandungan yang boleh ditafsirkan sebagai menganiaya, mengancam, mengganggu, tidak senonoh atau menjelikkan, keganasan yang melampau, atau yang melanggar atau menggalakkan orang lain untuk melanggar undang-undang;

●      Mengandungi kandungan yang boleh ditafsirkan sebagai bahan lucah atau kandungan seks yang eksplisit; dan

●      Hanya mengandungi kandungan yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Sebagai syarat tambahan kepada kebenaran untuk mempunyai pautan kepada laman web ini, pihak yang mempunyai pautan bersetuju bahawa Axalta boleh pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlaknya, menamatkan kebenaran untuk mempunyai pautan kepada laman web ini. Sekiranya keadaan sedemikian berlaku, pihak yang mempunyai pautan bersetuju untuk mengeluarkan dengan segera semua pautan kepada laman web ini.

Dengan pautan kepada laman web Axalta, pihak yang mempunyai laman web yang dipaut kepada laman web Axalta bersetuju untuk membayar ganti rugi dan memastikan Axalta selamat dan bebas daripada segala kerugian, kos, ganti rugi, tuntutan, tindakan, atau liabiliti yang timbul daripada mana-mana pautan tersebut. Axalta tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa ganti rugi tidak langsung, teladan, sampingan, punitif, khas atau berbangkit disebabkan oleh pautan kepada laman web Axalta atau penggunaan pautan tersebut. Axalta tidak membuat sebarang jaminan nyata atau tersirat berkenaan dengan pautan-pautan tersebut.

Jikalau, menurut terma-terma di atas, isu seperti keperluan kelulusan Axalta bagi pihak yang mempunyai pautan kepada laman web Axalta, atau pihak yang mempunyai pautan kepada laman web Axalta ada sebarang keraguan tentang keperluan kelulusan bagi pautan kepada laman web Axalta, sila rujuk kepada pautan hubungan di bawah laman web utama Axalta.com dan pilih ‘maklum balas laman web' dari senarai jatuh bawah sebagai subjek anda, seterusnya menerangkan pertanyaan anda di ruang soalan, dan seorang wakil Axalta akan menghubungi anda.

Penafian Jaminan

Penggunaan anda terhadap laman web ini adalah tertakluk kepada risiko anda sendiri. Laman web ini mungkin mengandungi ketidaktepatan atau kesilapan yang mungkin menjejaskan kualiti material dalam laman web ini. Sesungguhnya, keseluruhan material tersebut atau sebahagiannya tidak disahkan secara bebas oleh Axalta. Axalta tidak menjamin ketepatan atau ketepatan masa material tersebut. Axalta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan atau ketinggalan dalam material tersebut, sama ada yang disediakan oleh Axalta atau pihak ketiga.

LAMAN WEB INI DISEDIAKAN KEPADA ANDA ATAS DASAR "SEDIA ADA" DAN "DI MANA ADA ', TANPA SEBARANG JAMINAN. AXALTA, BAGI PIHAK SENDIRI DAN MANA-MANA PIHAK KETIGA YANG MENYEDIAKAN MATERIAL, PERKHIDMATAN, ATAU KANDUNGAN KEPADA LAMAN WEB INI, TIDAK MEMBUAT REPRESENTASI ATAU JAMINAN BERHUBUNGAN DENGAN LAMAN WEB INI TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KUALITI, KESESUAIAN, KEBENARAN, KETEPATAN ATAU KELENGKAPAN SEBARANG MATERIAL, MAKLUMAT, PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG TERKANDUNG DALAM LAMAN WEB INI. SEMUA SYARAT, REPRESENTASI DAN JAMINAN, SAMA ADA NYATA, TERSIRAT, BERKANUN ATAU SEBALIKNYA, TERMASUK SEBARANG JAMINAN TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAU KETIDAKLANGGARAN HAK PIHAK KETIGA, ADALAH DENGAN INI DINAFIKAN. AXALTA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA BAGI SEBARANG JENIS GANTI RUGI, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, GANTI RUGI LANGSUNG, GANTI RUGI TIDAK LANGSUNG, GANTI RUGI SAMPINGAN, GANTI RUGI TURUTAN ATAU GANTI RUGI PUNITIF, YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN LAMAN WEB INI, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, PENGGUNAAN ANDA TERHADAP LAMAN WEB INI ATAU KEGAGALAN UNTUK MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI, WALAUPUN AXALTA SEBELUM INI TELAH DINASIHATKAN KEMUNGKINAN GANTI RUGI TERSEBUT.

Pengecualian bagi warganegara Kesatuan Eropah: JIKA ANDA SEORANG PEMASTAUTIN DI KESATUAN EROPAH, AXALTA TIDAK MENGECUALIKAN ATAU MENGEHADKAN LIABILITINYA BAGI KEMATIAN ATAU KECEDERAAN DIRI AKIBAT KECUAIAN.

Ketidaktepatan atau Kesilapan

Penerangan, gambar dan representasi mengenai produk-produk dalam laman web ini mungkin mengandungi ketidaktepatan dan kesilapan. Axalta tidak membuat sebarang jaminan atau representasi berkenaan dengan ketepatan atau kelengkapan maklumat tersebut.

Selain itu, harga dan ketersediaan produk dalam laman web ini mungkin berubah pada bila-bila masa tanpa notis mengikut budi bicara Axalta.

Axalta mempunyai hak untuk menolak atau membatalkan sebarang pesanan yang dibuat apabila produk yang disenaraikan adalah pada harga yang tidak tepat. Axalta mempunyai hak untuk menolak atau membatalkan sebarang pesanan sama ada pesanan tersebut telah disahkan dan kad kredit anda telah dikenakan caj. Jika kad kredit anda telah deikenakan caj dan pesanan anda dibatalkan, Axalta akan dengan segera mengkreditkan amaun yang dicaj kepada akaun kad kredit anda.

Undang-undang tempatan; Kawalan Eksport

Axalta mengawal dan mengendalikan laman web ini daripada ibu pejabatnya di Amerika Syarikat dan tidak membuat sebarang representasi bahawa material adalah sesuai atau akan didapati di lokasi lain. Kecuali dinyatakan dengan jelas, semua material pemasaran atau promosi yang didapati dalam Laman Web ini adalah semata-mata untuk ditujukan kepada individu, syarikat atau entiti lain yang terletak di Amerika Syarikat. Jika anda menggunakan laman web ini dari luar Amerika Syarikat, anda bertanggungjawab sepenuhnya supaya mematuhi undang-undang tempatan yang berkenaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada peraturan eksport dan import.

Material dalam laman web ini adalah tertakluk kepada “United States Export Administration Laws and Regulations”. Material tersebut yang bertentangan dengan undang-undang Amerika Syarikat adalah dilarang. Material, ataupun sebarang maklumat yang diperolehi melalui penggunaan Laman Web ini sama sekali tidak boleh diperolehi, dihantar, dipindahkan, atau dieksport semula, secara langsung atau tidak langsung, kepada negara yang diharamkan atau dilarang untuk berdagang atau rakyat mereka mahupun material, ataupun sebarang maklumat yang diperolehi melalui penggunaan Laman Web ini boleh digunakan untuk aktiviti nuklear , senjata biologi kimia, atau projek peluru berpandu, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Kerajaan Amerika Syarikat bagi tujuan tersebut. Anda dihendaki mematuhi semua undang-undang eksport Amerika Syarikat dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendapatkan lesen untuk mengeksport atau mengeksport semula sebagaimana yang ditetapkan.

Cap Dagangan

Logo Axalta, Axalta TM, “Axalta Coating Systems” TM dan semua produk yang ditandakan dengan TM atau ® adalah cap dagangan atau cap dagangan berdaftar Axalta Coating Systems, LLC dan syarikat gabungannya. Cap dagangan Axalta tidak boleh digunakan untuk produk atau perkhidmatan yang bukan produk atau perkhidmatan Axalta.

Semakan Terma Penggunaan

Axalta boleh menyemak semula Terma ini pada bila-bila masa tanpa notis dengan mengemaskini pemaparan ini. Penggunaan berterusan anda terhadap laman web ini selepas pengubahsuaian dibuat akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap Terma yang disemak tersebut.

Undang-Undang Berkenaan

Sebarang tindakan yang berkaitan dengan Terma ini akan dikawal oleh undang-undang Negeri Delaware, tanpa mengambilkira pemilihan atau konflik undang-undang dengan mana-mana bidang kuasa. Anda bersetuju untuk menyerahkan diri kepada bidang kuasa mahkamah di Negeri Delaware bagi penyelesaian semua pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma dan / atau penggunaan laman web ini.

Aktiviti Tanpa Kebenaran

Penghantaran dan penggunaan sebarang material yang terkandung dalam laman web ini tanpa kebenaran akan melanggar undang-undang hak cipta, undang-undang cap dagangan, undang-undang privasi dan publisiti, statut komunikasi tertentu dan peraturan-peraturan dan undang-undang dan peraturan-peraturan lain yang berkenaan. Anda sendiri bertanggungjawab terhadap tindakan anda atau tindakan orang lain yang menggunakan nama pengguna dan/atau kata laluan anda. Oleh itu, anda akan menanggung ganti rugi dan memastikan Axalta dan pegawai, pengarah, pekerja, syarikat gabungang, ejen, pemegang lesen, dan rakan kongsi perniagaan Axalta,  bebas daripada dan terhadap sebarang kos, ganti rugi, liabiliti, dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman) yang dikenakan berhubungan dengan, timbul daripada, atau bagi tujuan mengelakkan sebarang dakwaan atau tuntutan daripada pihak ketiga atas penggunaan laman web ini oleh anda atau penggunaan laman web ini oleh sesiapa yang menggunakan nama pengguna dan / atau kata laluan anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada pemaparan anda dalam ruang pemaparan atau Penghantaran anda) yang melanggar sebarang undang-undang atau peraturan, atau hak pihak ketiga.

Tarikh Semakan Terakhir: 31 Mei, 2013