Axalta is not resposible for content you are about to view

Show Searchbox Show Navigation

Privacy

Axalta Coating Systems
PENYATAAN PRIVASI


Axalta Coating Systems bersama syarikat sekutu kami mengambil berat mengenai isu privasi dan ingin memaklumkan kepada anda bagaimana kami mengumpul, mengguna dan mendedahkan informasi. Dengan Dasar Maklumat Axalta Coating System, penyataan privasi ini menerangkan amalan Axalta Coating Systems berkaitan informasi yang kami kumpul melalui laman atau applikasi mobil dimiliki dan dikawal oleh Axalta Coating Systems (dikenali sebagai, “Laman”) dimana anda sedang akses Penyataan Privasi ini, dan juga secara offline dimana notis adalah diperlukan dibawah undang-undang. Dengan menyediakan Informasi Peribadi kepada Axalta Coating Systems, anda bersetuju dengan terma dan syarat-syarat Penyataan Privasi ini.

Jika anda memohon pekerjaan melalui Laman ini, penggunaan Maklumat Peribadi oleh Axalta Coating Systems yang anda berikan melalui Pusat Kerjaya tertakluk kepada notis privasi yang berasingan, dan bukan menurut Penyataan Privasi ini.

MAKLUMAT PERIBADI


Maklumat Peribadi yang dikumpul oleh Axalta Coating Systems

“Maklumat Peribadi” adalah maklumat yang mengenal pasti anda sebagai seorang individu, seperti:

●      Nama;

●      Alamat pos (termasuk alamat bil dan penghantaran);

●      Nombor telefon atau nombor faks;

●      Alamat emel;

●      Nombor kad kredit dan kad debit;

●      Nombor ID Cukai Penjual;

●      Nombor ID nasional seperti nombor keselamatan sosial;

●      Maklumat kewangan apabila anda memohon kredit;

●      Rekod pembelian.

 

Axalta Coating Systems mengumpul maklumat peribadi apabila anda mengambil bahagian dalam pelbagai peluang aktiviti yang kami menyediakan, contohnya:

●      Apabila anda memesan sesuatu produk atau perkhidmatan atau membuat sesuatu permintaan.

●      Apabila anda mendaftarkan pembelian sesuatu produk dari Axalta Coating Systems.

●      Apabila anda menghantar kad jaminan.

●      Apabila anda mendaftar untuk langganan, forum teknologi atau komunikasi lain melalui Laman ini.

●      Apabila anda mengambil bahagian dalam pertandingan, promosi, cabutan bertuah, kaji selidik atau promosi lain.

●      Apabila anda mengambil bahagian dalam blog atau forum.

●      Apabila kami menemui anda di pameran perdagangan atau acara lain apabila kami menjalankan penyelidikan pasaran,

Kami mungkin akan menggabungkan Maklumat Peribadi yang kami telah kumpul mengenai anda dengan Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada Axalta Coating Systems melalui sumber-sumber lain seperti pendaftaran produk, pertanyaan atau acara pemasaran. Kami akan menggunakan Maklumat Peribadi yang telah digabungkan mengikut Pernyataan Privasi ini selagi ia kekal digabungkan.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi

Kami mungkin akan menggunakan Maklumat Peribadi untuk tujuan-tujuan berikut:

●      Membalas pertanyaan anda dan memenuhi permintaan anda, seperti menghantar notifikasi e-mel.

●      Menghantar maklumat penting mengenai Laman ini, perubahan kepada terma, syarat, dan dasar-dasar dan / atau maklumat pentadbiran Axalta Coating Systems.

●      Melengkapkan dan memenuhi pembelian anda, sebagai contoh, untuk memproses bayaran anda, memastikan pesanan anda dihantar kepada anda, berkomunikasi dengan anda mengenai pembelian anda dan menyediakan perkhidmatan pelanggan kepada anda.

●      Menghantar komunikasi pemasaran yang kami percaya mungkin menarik minat anda, termasuk maklumat mengenai pameran perdagangan.

●      Memperibadikan pengalaman anda di Laman ini dengan membentangkan produk dan tawaran disesuaikan kepada anda.

●      Membolehkan anda untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah, pertandingan dan promosi serupa dan untuk mentadbir aktiviti-aktiviti ini. Oleh kerana beberapa aktiviti ini mempunyai peraturan tambahan, yang boleh mengandungi maklumat tambahan mengenai bagaimana kita menggunakan dan mendedahkan Maklumat Peribadi anda, kami mencadangkan bahawa anda membaca peraturan-peraturan ini dengan teliti.

●      Membolehkan anda menghantar mesej kepada rakan melalui Laman ini. Dengan menggunakan fungsi ini, anda memberitahu Axalta Coating Systems bahawa anda layak untuk menggunakan dan menyediakan nama dan alamat e-mel rakan anda kepada Axalta Coating Systems.

●      Membolehkan anda untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain melalui Laman ini (contohnya, melalui blog, papan mesej, fungsi mesej, fungsi berbual, profil atau media sosial yang lain). Membenarkan anda untuk mendaftar dan mengambil bahagian dalam forum teknologi dan acara-acara lain dengan Axalta Coating Systems.

●      Membolehkan tujuan perniagaan, seperti analisis data, audit, menyelidik dan membangunkan produk-produk baru, membaik pulih Laman Axalta Coating Systems, meningkatkan perkhidmatan Axalta Coating Systems,  membangunkan aktiviti pemasaran, mengenal pasti trend penggunaan dan menentukan keberkesanan kempen promosi Axalta Coating Systems.

● Dimana pihak kami percaya, perlu atau sesuai: (a) di bawah undang-undang berkaitan, termasuk undang-undang di luar negara dimana anda tinggal; (b) untuk mematuhi proses undang-undang; (c) untuk maklum balas permintaan dari pihak berkuasa awam dan kerajaan termasuk pihak berkuasa awam dan kerajaan di luar negara dimana anda tinggal; (d) untuk menguatkuasa terma dan syarat Axalta Coating Systems; (e) untuk melindungi operasi Axalta Coating Systems; (f) untuk melindungi hak-hak, privasi, keselamatan atau harta Axalta Coating Systems, anda atau orang lain; dan (g) untuk membolehkan Axalta Coating Systems untuk meneruskan remedi yang ada atau menghadkan kerugian yang mungkin kami alami.

● Bagaimana Maklumat Peribadi akan Didedahkan

●  Maklumat peribadi anda boleh didedahkan:

Dalam lingkungan Axalta Coating Systems untuk tujuan yang dinyatakan dalam Penyataan Privasi ini. Axalta Coating Systems dan syarikat gabungan tempatan yang anda berinteraksi akan bertanggungjawab secara bersama bagi pengurusan Maklumat Peribadi untuk penggunaan bersama.

Kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga Axalta Coating Systems yang menyediakan perkhidmatan seperti laman hosting, analisis data, proses pembayaran, pemenuhan pesanan, pengedaran produk, penyediaan infrastruktur, perkhidmatan IT, perkhidmatan pelanggan, perkhidmatan penghantaran e-mel, pemprosesan kad kredit, perkhidmatan audit dan lain-lain perkhidmatan yang sama untuk membolehkan mereka untuk menyediakan perkhidmatan.

● Kepada pihak ketiga seperti ejen dan pengedar untuk memudahkan penjualan dan pengedaran Axalta Coating Systems produk dan perkhidmatan yang mungkin termasuk komunikasi pemasaran.

● Kepada pihak ketiga penaja cabutan bertuah, pertandingan dan promosi yang serupa.

●  Untuk mengenal pasti anda kepada orang yang anda menghantar mesej melalui Laman ini.

●  Kepada pihak ketiga sekiranya berlaku sebarang penyusunan semula, penyelarasan, penjualan, usaha sama, penyerahan hak, pemindahan atau pelupusan lain daripada semua atau mana-mana bahagian perniagaan, aset atau saham Axalta Coating Systems (termasuk yang berkaitan dengan apa-apa kebankrapan atau prosiding yang serupa).

●  Dimana kita percaya, perlu atau sesuai: (a) di bawah undang-undang, termasuk undang-undang di luar negara dimana tempat anda tinggal; (b) untuk mematuhi proses undang-undang; (c) untuk bertindak balas kepada permintaan daripada pihak berkuasa awam dan kerajaan termasuk pihak berkuasa awam dan kerajaan di luar negara dimana tempat anda tinggal; (d) untuk menguatkuasakan terma dan syarat Axalta Coating Systems; (e) untuk melindungi operasi Axalta Coating Systems; (f) untuk melindungi hak-hak, privasi, keselamatan atau harta Axalta Coating Systems, anda atau orang lain; dan (g) untuk membolehkan Axalta Coating Systems untuk meneruskan remedi yang sedia ada atau menghadkan kerugian yang kami mungkin akan mengalami.

● Oleh anda, apabila anda mengambil bahagian didalam Laman Coating Systems Axalta yang menyediakan peluang untuk berinteraksi dengan Axalta Coating Systems dan lain-lain (contohnya blog, papan mesej, fungsi mesej, fungsi berbual , profil atau media sosial yang lain). Apabila anda menggunakan ciri-ciri ini, anda harus sedar bahawa sebarang maklumat yang anda hantar, termasuk nama anda, lokasi dan alamat e-mel, mungkin boleh didapati secara umum oleh orang lain. Kami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa maklumat yang anda pilih untuk mengemukakan melalui ciri-ciri ini dan kami tidak menggalakkan anda daripada memberi sebarang maklumat peribadi yang sensitive (seperti kesihatan atau maklumat kad kredit) melalui ciri-ciri ini. Jika anda menggunakan ciri ini, Maklumat Peribadi anda mungkin akan kekal di Laman ini walaupun selepas anda berhenti menggunakan Laman ini.

MAKLUMAT BUKAN PERIBADI

Maklumat Bukan Peribadi yang Kami kumpul

"Maklumat Bukan Peribadi" adalah apa-apa maklumat yang tidak mendedahkan identiti khusus anda, seperti:

● Maklumat pelayar;

● Maklumat yang dikumpul melalui cookies, tag piksel dan teknologi lain;

● Maklumat demografi dan maklumat lain yang diberikan oleh anda;

● Maklumat yang dikumpul.

Bagaimana Kami Mengumpul Maklumat Bukan Peribadi

Axalta Coating Systems dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kepada Axalta Coating Systems mungkin mengumpul Maklumat Bukan Peribadi dalam pelbagai cara, termasuk:

● Melalui pelayar anda: Maklumat tertentu dikumpulkan oleh pelayar, seperti alamat Media Access Control (MAC) anda, jenis komputer (Windows atau Macintosh), resolusi skrin, versi sistem pengendalian dan jenis serta versi pelayar Internet.

●  Penggunaan cookies: Cookies membenarkan pelayan web untuk memindahkan data kepada komputer untuk penyimpanan rekod dan tujuan lain. Kami menggunakan cookies dan teknologi lain untuk, antara lain, memberi khidmat yang baik kepada anda dengan maklumat yang tersuai kepada anda, untuk memudahkan akses berterusan anda dan penggunaan Laman ini, dan untuk memberikan anda dengan pemasaran peribadi. Jika anda tidak mahu maklumat anda dikumpul melalui penggunaan cookies, terdapat satu prosedur yang mudah dalam pelayar yang membolehkan anda untuk menolak penggunaan cookies. Beberapa ciri Laman ini mungkin tidak berfungsi dengan sempurna jika anda menolak penggunaan cookies. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cookies, sila layari allaboutcookies.org/

●  Menggunakan tag piksel, web beacon, GIFs jelas atau teknologi yang serupa: Ini boleh digunakan dengan beberapa halaman Laman dan mesej e-mel berformat HTML untuk, antara lain, mengesan tindakan Pengguna Laman dan penerima e-mel, mengukur kejayaan kempen pemasaran Axalta Coating Systems dan menyusun statistik tentang penggunaan Laman dan kadar tindak balas.

●  Daripada anda: Maklumat seperti lokasi anda, serta maklumat lain, seperti pilihan komunikasi anda, akan dikumpul secara sukarela apabila anda memberikan maklumat ini. Melainkan jika menyatukan dengan Maklumat Peribadi, maklumat ini tidak mengenal pasti anda atau mana-mana pengguna lain Laman ini.

●  Dengan agregat maklumat: Maklumat peribadi yang diagregatkan tidak boleh mengenal pasti anda atau mana-mana pengguna lain Laman ini, (contohnya, kami mungkin akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk mengira peratusan pengguna Axalta Coating Systems yang mempunyai kod kawasan telefon tertentu).

Bagaimana Kami Menggunakan dan Mendedahkan Maklumat Bukan Peribadi

Kerana Maklumat Bukan Peribadi tidak mengenal pasti anda, kami boleh menggunakan dan mendedahkan Maklumat Bukan Peribadi untuk sebarang tujuan. Dalam keadaan tertentu, kita boleh menggabungkan Maklumat Bukan Peribadi bersama Maklumat Peribadi (seperti menggabungkan nama anda dengan lokasi geografi anda).

Jika kami menggabungkan sebarang Maklumat Bukan Peribadi bersama Maklumat Peribadi, contohnya, apabila kami menggabungkan maklumat yang anda beri kepada Axalta semasa pendaftaran dengan Maklumat Bukan Peribadi untuk menyediakan sasaran pemasaran peribadi kepada anda, maklumat yang telah digabungkan akan diproses oleh Axalta Coating Systems sebagai Maklumat Peribadi.

ALAMAT IP

"Alamat IP" anda adalah nombor yang diberikan oleh Pembekal Khidmat Internet (ISP) kepada komputer yang anda gunakan secara automatik.

 

Bagaimana Kami Mengumpul Alamat IP

Alamat IP yang dikenalpasti dan di log secara automatik dalam fail log pelayan Axalta Coating Systems apabila pengguna melawat Laman Web ini, bersama-sama dengan masa lawatan dan halaman yang telah dilawati. Pengumpulan Alamat IP adalah amalan standard di Internet dan dilakukan secara automatik oleh banyak laman-Laman.

Bagaimana Axalta Coating Systems menggunakan dan mendedahkan Alamat IP?

Axalta Coating Systems menggunakan Alamat IP untuk tujuan seperti mengira tahap penggunaan Laman, membantu mendiagnosis masalah server, mentadbir Laman Web dan menyampaikan kandungan yang disesuaikan dengan negara anda. Kami juga mungkin menggunakan dan mendedahkan Alamat IP dimana kami menggunakan dan mendedahkan Maklumat Peribadi. Sila ambil perhatian bahawa kami akan mengendalikan Alamat IP, fail log pelayan dan maklumat berkaitan sebagai Maklumat Bukan Peribadi, kecuali di mana kami dikehendaki di bawah undang-undang untuk berbuat selainnya.

PENGIKLANAN BERASASKAN FAEDAH

Axalta Coating Systems dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kepada Axalta Coating Systems menggunakan cookies, tag piksel, web beacon, GIF jelas atau teknologi yang serupa untuk mengesan tindakan pengguna Laman dan penerima e-mel di seluruh Laman bukan gabungan-dari masa ke masa, untuk memperibadikan pengalaman anda di Laman Web ini dengan mempamerkan iklan yang lebih relevan kepada anda. Sebagai contoh, kita menggunakan pembekal perkhidmatan pihak ketiga, untuk membentangkan produk dan tawaran disesuaikan dengan keutamaan dan minat yang ditunjukkan oleh aktiviti dalam talian anda dari masa ke masa. Jika anda ingin menarik diri daripada menerima iklan yang diperibadikan daripada pengiklan pihak ketiga dan rangkaian iklan yang merupakan ahli Inisiatif Pengiklanan Rangkaian (NAI) atau yang mengikuti Prinsip Digital Advertising Alliance untuk Pengiklanan Kelakuan Dalam Talian, anda boleh melawat laman untuk menarik diri di Laman NAI dan Laman DAA. Anda memahami bahawa mekanisme menarik diri diselenggarakan oleh pihak ketiga, bukan Axalta dan Axalta tidak bertanggungjawab untuk, atau ia juga tidak mengawal mekanisme pihak ketiga yang memilih untuk mengambil bahagian dalam program-program ini ikut serta.

Akta Perlindungan Privasi Online California Mengenai Tidak Mengesan Isyarat (Do Not Track Signal)

Do Not Track ("DNT") adalah keutamaan privasi dimana pengguna boleh menetapkan dalam web pelayar tertentu. DNT adalah satu cara bagi pengguna untuk memaklumkan kepada Laman dan perkhidmatan bahawa mereka tidak mahu maklumat tertentu mengenai lawatan Laman mereka yang dikumpul dalam suatu tempoh masa dan di seluruh Laman atau perkhidmatan dalam talian. Kami komited untuk menyediakan pilihan yang bermakna kepada anda mengenai maklumat yang dikumpul di Laman untuk pihak ketiga, dan itulah sebabnya kami menyediakan pautan untuk menarik diri daripada Inisiatif Pengiklanan Rangkaian dan Digital Advertising Alliance. Walau bagaimanapun, kami tidak mengenali atau bertindak balas terhadap isyarat DNT yang diaktifkan oleh web pelayar, kerana industri Internet kini masih sedang bekerja ke arah menentukan apa yang dimaksudkan dengan DNT, apa yang dimaksudkan dengan mematuhi DNT, dan pendekatan yang sama untuk bertindak balas kepada DNT. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Do Not Track di sini.

LAMAN PIHAK KETIGA

Kenyataan Privasi ini tidak menangani, dan kami tidak bertanggungjawab untuk privasi, maklumat atau amalan lain mana-mana pihak ketiga, termasuk mana-mana pihak ketiga yang mengendalikan mana-mana laman web di mana Laman ini mengandungi pautannya. Kemasukan pautan di Laman ini tidak membayangkan penyokongan Laman yang dipautkan oleh Axalta Coating Systems.

PENGIKLAN PIHAK KETIGA

Kemungkinan Axalta Coating Systems akan menggunakan syarikat pengiklanan pihak ketiga untuk menyediakan iklan apabila anda melawati Laman Axalta Coating Systems. Sila ambil perhatian bahawa syarikat-syarikat ini boleh menggunakan maklumat mengenai lawatan anda ke laman ini untuk menyediakan iklan tentang barangan dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Bagi menyediakan iklan untuk Laman ini, syarikat-syarikat ini mungkin akan meletakkan atau mengenali 'cookie' unik pada pelayar web anda. Jika anda ingin megetahui maklumat lebih lanjut mengenai amalan ini dan mengetahui pilihan anda untuk tidak membenarkan syarikat-syarikat ini daripada mengunakan maklumat anda, sila layari http://networkadvertising.org/optout_nonppii.asp.

KESELAMATAN

Axalta Coating Systems menggunakan langkah-langkah organisasi, teknikal dan pentadbiran yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi di bawah kawalan Axalta Coating Systems. Malangnya, tiada penghantaran data melalui sistem Internet atau penyimpanan data yang boleh dijamin 100% selamat. Jika anda mempunyai apa-apa sebab untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan Axalta Coating Systems tidak lagi selamat (contohnya, jika anda merasakan bahawa keselamatan sebarang akaun anda dengan Axalta Coating Systems telah dikompromi), sila memberitahu Axalta Coating Systems dengan segera dan menghubungi Axalta Coating Systems mengikut bahagian "Hubungi Axalta Coating Systems" di bawah.

PILIHAN DAN AKSES

Pilihan anda mengenai penggunaan dan pendedahan Maklumat Peribadi

Axalta memberikan anda banyak pilihan mengenai penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran. Anda boleh menghubungi Axalta untuk menarik diri daripada menerima mesej pemasaran elektronik dari Axalta dan meminta kami tidak berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak ketiga yang tidak berkaitan untuk tujuan pemasaran mereka.

Kami akan cuba untuk mematuhi permintaan anda dengan secepat mungkin. Sila ambil perhatian bahawa jika anda menarik diri seperti yang dinyatakan di atas, kami tidak berupaya untuk menghapuskan Maklumat Peribadi anda yang Axalta Coating Systems telah berkongsi dengan pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan Axalta Coating Systems dari pangkalan data mereka (iaitu,  kita juga telah memberi maklumat peribadi anda pada tarikh kami melaksanakan permintaan penarikan diri kepada anda). Sila ambil perhatian bahawa jika anda menarik diri daripada menerima mesej yang berkaitan pemasaran dari Axalta Coating Systems, kami mungkin juga akan menghantar pesanan kepada anda mengenai pentadbiran yang penting, dan anda tidak boleh menarik diri daripada pernerimaan mesej-mesej mengenai pentadbiran.

Bagaimana anda boleh mengakses, mengubah atau menyekat Maklumat Peribadi anda

Anda boleh menghubungi Axalta jika anda mahu mengkaji semula, memperbetulkan, mengemaskini, menyekat, menghapus atau sebaliknya mengehadkan pengunaan Maklumat Peribadi anda oleh Axalta yang telah diberi kepada Axalta sebelum ini,.

Dalam permintaan anda, sila jelaskan apa maklumat yang anda ingin mengubah, sama ada anda ingin mempunyai Maklumat Peribadi anda disekat dari pangkalan data Axalta Coating Systems atau sebaliknya, memberitahu Axalta Coating Systems apa batasan anda mengenai Maklumat Peribadi anda yang akan digunakan. Kami akan cuba untuk memenuhi permintaan anda dengan secepat mungkin.

TEMPOH PENYIMPANAN

Kami akan menyimpan Maklumat Peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang digariskan dalam Pernyataan Privasi ini melainkan jika tempoh pengekalan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan menurut undang-undang.

PENGGUNAAN LAMAN OLEH KANAK-KANAK

Axalta Coating Systems komited untuk melindungi privasi kanak-kanak dan kami menggalakkan ibu bapa dan penjaga untuk mengambil peranan yang aktif dalam aktiviti talian anak-anak mereka. Axalta Coating Systems tidak mensasarkan Laman ini kepada kanak-kanak yang berusia kurang daripada empat belas (14) tahun atau sengaja mengumpul maklumat daripada kanak-kanak untuk tujuan menjual produk atau perkhidmatan. Axalta Coating Systems mengambil bahagian dalam program-program pendidikan pilih seperti sains dan kesedaran alam sekitar bagi menyokong sekolah dan masyarakat.

PEMINDAHAN MERENTASI SEMPADAN

Maklumat Peribadi anda mungkin disimpan dan diproses di mana-mana negara di mana kami mempunyai perniagaan atau di mana kami telah melibatkan satu pembekal perkhidmatan, dan dengan menggunakan Laman Axalta Coating Systems, anda bersetuju dengan pemindahan maklumat ke negara-negara di luar negara dari tempat tinggal anda, termasuk kepada Amerika Syarikat, yang mungkin mempunyai peraturan perlindungan data yang berbeza daripada negara anda.

MAKLUMAT SENSITIF

Kami meminta bahawa anda tidak menghantar kepada Axalta Coating Systems, dan anda tidak mendedahkan, apa-apa Maklumat Peribadi sensitif (contohnya, maklumat yang berkaitan dengan asal-usul bangsa atau etnik, pendapat politik, agama atau kepercayaan lain, kesihatan, latar belakang jenayah atau keahlian kesatuan sekerja) kepada Axalta Coating Systems pada atau melalui Laman atau secara lain.

PENGEMASKINIAN KEPADA PENYATAAN PRIVASI INI

Kami boleh mengubah Penyataan Privasi ini. Sila lihat di legenda "LAST UPDATED" di bahagian atas halaman ini untuk melihat bila Pernyataan Privasi ini kali terakhir disemak semula. Sebarang perubahan kepada Pernyataan Privasi ini akan berkuat kuasa apabila kami memaparkan Kenyataan Privasi yang telah disemak semula di Laman ini. Penggunaan Laman ini oleh anda selepas perubahan tersebut bermakna anda telah menerima Pernyataan Privasi yang disemak semula.

MENGHUBUNGI AXALTA COATING SYSTEMS

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Pernyataan Privasi ini, sila hubungi Axalta.

Axalta Coating Systems

Maklumat Global Dasar Privasi Maklumat:

Dasar ini menentukan komitmen Axalta untuk melindungi privasi maklumat peribadi yang dikumpulkan atau digunakan oleh Axalta dalam perniagaan Axalta. Skop Dasar ini termasuk pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi pekerja, pelanggan, pembekal dan pihak ketiga yang lain. Secara global, Axalta akan, dan akan menyebabkan syarikat gabungannya untuk, mewujudkan dan mengekalkan prosedur perniagaan yang konsisten dengan Dasar ini.

Kami menghormati hak privasi individu.

Axalta mengambil serious isu privasi dan komited untuk mematuhi semua keperluan undang-undang mengenai privasi maklumat peribadi. Axalta akan mengkaji semula koleksi peribadi maklumat, penggunaan dan amalan pendedahan dari masa ke semasa untuk memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan-peraturan.

Kami memberi notis koleksi Maklumat Peribadi.

Axalta akan memberi notis apabila maklumat peribadi dikumpul menurut dengan undang-undang. Semua notis akan menerangkan keperluan maklumat tersebut dan menerangkan bagaimana maklumat tersebut akan digunakan.

Kami mendapat persetujuan yang jelas untuk maklumat sensitif / opt-in

Setakat yang diperlukan oleh undang-undang; Axalta akan mengekalkan prosedur untuk memastikan maklumat sensitif akan dikumpul dengan kebenaran yang jelas.

Kami memproses dan mengedarkan maklumat selaras dengan notis.

Axalta akan mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda selaras dengan notis yang telah disediakan. Walau bagaimanapun, Axalta boleh membuat keputusan untuk mengeluarkan ciri-ciri yang boleh dikenal pasti daripada maklumat peribadi yang dikumpul dan maklumat yang dihasilkan kemudiannya boleh digunakan untuk tujuan statistik, sejarah, sains dan lain-lain, selaras menurut undang-undang.

Kami menyediakan keselamatan maklumat.

Axalta akan menggunakan usaha yang berpatutan secara komersil untuk mengekalkan keselamatan maklumat peribadi, dan melindungi integriti maklumat tersebut.

Kami menyediakan cara untuk individu mengakses dan membetulkan maklumat mereka.

Axalta akan mengekalkan prosedur yang munasabah secara komersial selaras menurut undang-undang untuk individu mengakses maklumat peribadi mereka yang telah dikumpul dan, apabila sesuai, untuk membetulkan apa-apa maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap, atau mempunyai maklumat peribadi mereka dipadam.

Kami memerlukan pihak ketiga yang memproses data Axalta untuk mematuhi undang-undang.

Axalta akan memerlukan pihak ketiga yang memperoleh atau memberikan maklumat peribadi dari atau ke Axalta, termasuk mereka yang terlibat untuk menyediakan perkhidmatan sokongan, dengan sewajarnya untuk melindungi maklumat peribadi.

Kami menyediakan cara untuk memproses aduan.

Axalta akan menerbitkan prosedur untuk bertindak balas kepada aduan mengenai potensi penyelewengan daripada prosedur-prosedur yang diwujudkan untuk melindungi maklumat peribadi.

Kami akan mendedahkan Maklumat Peribadi apabila dikehendaki menurut undang-undang atau perintah mahkamah.

Axalta akan mengumpul, menggunakan, memindahkan dan / atau mendedahkan maklumat peribadi menurut prosedur yang tidak memerlukan memberi notis (contohnya, berkaitan dengan siasatan penguatkuasaan undang-undang) jika dibenarkan atau dikehendaki menurut undang-undang atau perintah mahkamah.

Kami akan menyelaraskan proses Sumber Manusia dengan dasar Axalta itu.

Axalta akan menyelaraskan proses-proses, dasar, amalan dan garis panduan Sumber Manusia Axalta untuk mematuhi Dasar ini.

Kami mengekalkan fleksibiliti untuk mengubah dasar ini.

Axalta berhak untuk mengubah dan mengemaskini dasar ini atau amalan perniagaannya yang berkaitan pada bila-bila masa.

Jika anda bimbang mengenai penggunaan Maklumat Peribadi anda, sila hubungi kami di Axalta, dengan subjek, "Axalta Privacy."

Rev. April 27, 2017